This is my life hehe: Oren

Oren

Hai semua.
Baru lagi post cerita semalam harini nak post lagi.
Eh suka hati saya la huhu.
So, pasal apa harini?
Jom teruskan.

Actually harini nak cerita pasal Oren, kucing kesayangan Dy yang tinggal sama2 dengan Kitty.
Fyi, Oren datang dulu baru Kitty datang rumah Dy.

7 April 2017
Lebih kurang 10 lebih waktu malam hari ni, Oren mula jejakkan kaki ke rumah Dy.
Seronok betul Dy bagitahu "ada meow baru".
Siap send gambar.
Tapi macam biasala Ieyka ni asyik delete gambar je. Haishh
Tapi time ni tak kisah sangat pasal kucing yang dia nk cerita ni sebab busy nak buat hadiah.

Dy kata kali ni dia nak juga bela kucing ni padahal ibu dia dah bising sebab dia bela kucing.
Ish degil betul Dy ni.
Sukati awak la sayang huhu.

8 April 2017


Amboi suka nau kacau pakwe orang ye. Hmm
Redha la dah dicurangi dengan kucing huhuhu.
Dah la tidur lama atas kaki pakwe I.
Sian Dy tau kaki sampai kebas.
Lepastu, Oren ni bukan main asyik berkepit je dengan Dy.
Ikut je mana Dy pergi.
Orennnn 😒

9 April 2017
Oren si gendud tidur depan pintu ye hihihi.
Shomel ngat.

11 April 2017
Ooo kau Oren, bila Dy ada kat rumah kau tak merayau langsung kan.
Gatal kau. Pakwe aku pun kau nak try ye?
Ewah Ewah. Bikin wa marah sama lu sis.
Ceh acah gangster la tu. hihihi

Dy nak jaga Oren ni sebab mata sebelah dia buta.
Betapa sayangnya Dy kat Oren ni sampai sanggup nak buatkan sangkar.
Sebab taknak kucing lain kacau dia.
(hmm tapi tu semua cuma plan dia. sangkar tu sampai sekarang tak nampak hasilnya hahaha)

12 April 2017


Eh sekali lagi dia buat hal tidur atas peha buah hati aku ye.
Kau tunggu nanti aku tidur atas peha kau pulak Oren.
(elehh gurau pun tak boleh ke?)

13 April 2017
Dy bersungguh2 nak ubat mata Oren yg sebelah tu.
Siap tanya Ieyka berapa harga kalau cuci mata kucing kat kedai haiwan.
Sebab Dy kata mata sebelah pun macam nak buta.
Puncanya sebab Oren garu muka dia yang gatal guna kuku sampai terkena mata.
Err.. sakitnya rasa walaupun kita tahu apa yang Oren ni rasa.

14 April 2017
Seronoknya Oren dapat kawan baru.
Siapa lagi kalau bukan Kitty.
Kisah Kitty ada Ieyka cerita kat entry sebelum ni.
Cari la kalau nak tahu.

16 April 2017


Yeayy Oren ada kawan baru boleh tidur sama2.

*ada part yg Ieyka skip sikit sebab sama je dengan entry Kitty tu*

2 May 2017
Lepas je Kitty tinggalkan Oren sendirian, Dy tekad nak cari pengganti Kitty.
Bukan untuk lupakan Kitty tapi untuk jadi pelindung buat Oren.
Sejak ada Kitty, dia je la yang takutkan kucing2 lain yang cuba kacau Oren.
Padahal Kitty ni lebih kecil daripada Oren.
Oren ni takut sikit dengan kucing lain.
So, Dy nak cari kucing jantan lain yang boleh lindung Oren lepas Kitty takde ni.


Malam ni, Dy teman Oren makan.
Oren dah takde kawan nak berebut makanan dah.
So Dy teman la Oren makan.


Alhamdulillah Oren kembalikan senyuman Dy.
Dia buat lawak pulak duduk tengah2 jalan betul2 dekat line yang bahagikan dua laluan tu.
Apa punya tabiat tah dia ni hahaha.
Dan dia tidur kat situ.
Hahahahahaha apakah Oren apakah 😂

So malam ni, tempat tidur Oren ditukarkan kat belakang rumah.
Punya sayang Dy kat Oren ni siap janji nak jaga dia elok2.
Sebab Oren je dia ada untuk hilangkan penat dia balik kerja selalu.
Taknak Oren kena gigit nyamuk, Dy letak sangkar Oren belakang rumah.
Katanya sebab depan rumah banyak nyamuk.

Tapi malam ni Oren taknak tidur dalam sangkar.
Oren nak tidur dengan Dy kat bilik.
Mana boleh Oren. Ibu Dy tak bagi.
Puas la Dy pujuk Oren tidur dalam sangkar dia.
Lastnya Dy letak je dia dalam sangkar tu tapi pintu tak kunci.
Dy takut siksa dia tu yang Dy tak kunci.

4 May 2017
Dy Oren sebab harini Oren tak pergi mana2 langsung.
Duduk je kat belakang tu.
Dy yang ambik dia bawa ke depan. Nak luangkan masa sama2.
Pintu rumah terbuka luas pun dia tak masuk.
Duduk je depan pintu tu.
Dy suruh masuk pun taknak masuk.
Tapi, harini dia taknak makan nasi. Nak makan ikan sahaja.
Terpulang la Oren. Asalkan kau makan Dy happy.


Menung apa tu Oren?

6 May 2017
Pagi ni, elok je baru duduk dalam bas, tiba2 dikejutkan dengan satu berita yang amat menyedihkan.


Allahu. Terkejut. Sebak. Sedih.
Macam2 perasaan masa ni.
Terfikir macam mana keadaan Dy kat office waktu ni.
Berdasarkan ayat2 Dy, nampak Dy redha, nampak Dy tabah.
Tapi jauh di sudut hati lelakinya kita tak tahu apa yang Dy rasa sekarang.


Dalam masa tak sampai seminggu, Dy kehilangan 2 teman baiknya.
Bagi Dy, diorang (yes tahu Oren dgn Kitty bukan orang tapi je paling mudah) lah teman baik,
haiwan kesayangan, buah hati dan penghibur.




Oren,
Walaupun Dy tak banyak cerita pasal awak, Dy tetap sayangkan awak.
Dy nak jaga awak betul2 lepas Kitty tinggalkan dia.

Oren,
Seronoknya awak dapat jumpa Kitty balik.
Hidup sama2 balik.
Awak rindu Kitty ye?
Rindu awak dah terubatkan?
Alhamdulillah. Kami gembira untuk awak.

Oren,
Mungkin awak menderita di dunia yang penuh dengan kepalsuan ni.
Awak susah nak melihat ye Oren guna sebelah mata je?
Ieyka minta maaf bagi pihak Dy.
Dy tak mampu nak rawat awak.
Banyak sangat halangan.
Sekarang ni pun Dy macam tak tahu penat bekerja.
Pagi sampai malam, Isnin sampai Ahad.
Penuh dengan kerja.
Tengah malam baru Dy mengadu penat, mengadu sakit badan.

Oren,
Damaikan dikau di tempat yang lebih baik.
Doakan kami di dunia ni terus kuat dalam menjalankan tanggungjawab kami.
Doakan kami terus tabah hadapi setiap ujian dan dugaan ni.

Oren,
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup Dy.
Terima kasih sebab pernah sinarkan hidup Dy dengan telatah manja awak.
Terima kasih untuk segalanya.

Oren,
Esok 7 May 2017 genap sebulan awak kat rumah Dy.
Tapi awak mungkin tak sabar nak jumpa Kitty dan kawan2 awak yang lain kan?
Takpelah Oren. Ini yang terbaik untuk awak.
Sampaikan salam kami pada Kitty.
Kami rindukan Kitty.


WE LOVE YOU OREN.
FOREVER AND EVER.

No comments:

Post a Comment